fbpx

Ini Cara Empukkan Daging Dengan Cepat, Bersama Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Senang Sangat!

iCookAsia

Daging goreng kunyit, antara pilihan resepi yang digemari, resepinya yang mudah, dan dimakan bersama ulam dan sambal belacan menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. Tetapi tidak ramai yang ingin memasak daging kerana daging mengambil masa yang lama untuk memasak.

Rahsia untuk bagi daging cepat empuk ialah dengan memasukkan beberapa titis cuka semasa merebusnya. Kaedah ini akan membuatkan daging cepat empuk. Jom tengok Resepi Daging Goreng Kunyit perkongsian dari saudari Noor Hafiza Mohamad.

BAHAN-BAHAN

Daging

2 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

Sedikit cuka

Garam 

Sos seafood 

Bawang besar

Cili

Air

CARA-CARA

  1. Hiris daging mengikut saiz yang sesuai.

2. Tumbuk bawang putih 2 ulas dengan kunyit saiz ibu jari, campakkan semua dalam periuk bersama daging, sedikit garam dan air.

3. Masukkan beberapa titik cuka untuk bagi daging cepat empuk.

4. Rebus daging jangan sampai kering air. Kalau air tersalah banyak, buang je. Tak payah tunggu sampai kering. Rasakan dulu dagingnya masak ke tak. Tinggalkan sikit air kalau suka jenis basah, lepas tu baru masukkan minyak masak. Oh ye kalau kurang kuning, masukkan serbuk kunyit lagi naik seri.

5. Last sekali korang masukkan sos tiram@sos seafood, hirisan bawang besar dan cili. 

Siap! Mudah je kan nak masak daging goreng kunyit? Dah tau cara cepat nak empukkan daging jugak kan? Jadi boleh la buat sendiri kat rumah. Selamat mencuba!

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x