fbpx

Ini Rahsia Buat Kek Kartun Mr. Bean Menjadi Realiti. Rupa Sebijik Macam Dalam TV!

iCookAsia

Siapa je tak kenal siri kartun Mr Bean betul tak? Kalau anda betul betul follow kartun Mr Bean dari awal, mesti akan familiar dengan kek chocolate dalam gambar ni.

Tapi adakah anda pernah terfikir untuk jadikan kek Mr Bean ni jadi realiti? Pengguna Instagram nahlahrsl ini jadikan kek Mr Bean sebagai inspirasi dan hasil nya hampir menyamai seperti di dalam TV! Best kan?

Rasa macam impian jadi kenyataan, hehe…

Terima kasih nahlahrsl untuk perkongsian resipi Classic Chocolate Cake with Chocolate Ganache ni 🙂

Bahan-bahannya:
260g (2 cawan) tepung serbaguna
50g (½ cup) serbuk koko
8g (2 sudu kecil) soda bikarbonat
4g (1 sudu kecil) serbuk penaik
½ sudu kecil garam
200g (1 cawan) gula kastor
180ml (¾ cawan) buttermilk
160ml (⅔ cawan) minyak sayur
85g (⅓ cawan) sour cream atau plain yogurt
2 biji telur (gred A/B)
250ml (1 cawan) kopi panas
1 sudu kecil vanilla

Bahan untuk Chocolate Ganache Frosting:
240g dark chocolate
30g butter
80ml whipping cream

Bahan untuk Chocolate Ganache Glaze:
90g white chocolate
10g dark chocolate
50ml whipping cream

Cara penyedian:
(Chocolate Ganache Frosting)
1. Masukkan 30g butter, 240g dark chocolate, 80ml whipping cream sedalam microwave selama 2 minit dan selepas itu gaul selama 1 minit.
2. Tutup adunan dengan plastic wrap dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik selama 1 hingga 2 jam.
3. Selepas itu, sapukan butter pada loyang dan salut dengan serbuk koko.

(Kek Coklat)
4. Tapis 260g tepung serbaguna, 50g serbuk koko, 1 sudu kecil garam, 2 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil serbuk penaik sedalam bekas yang berlainan.
5. Masukkan 200 g gula kastor. Gaul hingga sebati.
6. Seterusnya, masukkan 250ml buttermilk, 160ml minyak sayur, 85g plain yogurt/sour cream, 2 biji telur, 250ml kopi panas. Pukul hingga sebati untuk beberapa minit.
7. Bakar di dalam oven pada suhu 170 c (atas dan bawah) selama 30-35 minit.

(Chocolate Ganache Glaze)
8. Masukkan 90g white chocolate, 10g dark chocolate dan 50ml whipping cream ke dalam microwave dan biarkan selama 1 minit. Setelah selesai, biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
9. Setelah selesai kek di bakar, sapu adunan Chocolate Ganache Frosting di antara dua kek. Selepas itu, sapu lebihan adunan pada seluruh permukaan kek dan kemaskan.
10. Akhir sekali, letak kan adunan Chocolate Ganache Glaze pada kek coklat ini dan hias mengikut gambar inspirasi daripada siri kartun Mr. Bean.

Untuk yang suka baking, patut cuba resipi kek Mr Bean ini, okay! 😉

Kredit resipi, video dan gambar: nahlahrsl (twitter), nahlahrsl (instagram)

 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x