Kuih Lapis ni antara makanan atau kuih tradisional kegemaran ramai rakyat Malaysia. Memang menjadi kebiasaan, warna kuih lapis ini berwarna merah jambu. Tetapi, berlainan buat seorang pengguna Instagram ini di mana beliau membuat Kuih Lapis berwarna purple dan tona warnanya berlainan atau dipanggil ombre. Menarik dan cantik pula tu!
Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Ombre ini 🙂
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi kayu
Sedikit garam
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan santan
Pewarna purple
Cara membuat:
1. Campur kesemua bahan kecuali pewarna
2. Kemudian bahagikan adunan kepada 5 adunan:
Lapisan pertama *tidak letak pewarna
Lapisan kedua *satu titik pewarna
Lapisan Ketiga *dua titik pewarna
Lapisan keempat *tiga titik pewarna
Lapisan kelima *lima titik pewarna
3. Selepas itu, kukus adunan selapis demi selapis selama 3 minit menggunakan loyang bersaiz 5 inci.
4. Bila sudah masak sepenuhnya, buka tudung periuk pengukus dan sambung kukus selama 5 minit atau sampai permukaan kuih kering.
5. Tunggu hingga sejuk dan kemudian potong kuih lapis menggunakan pisau plastik. Siap untuk di hidang!
Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/