Roti tawar atau roti kosong biasa sudah menjadi kebiasaan buat yang baru mahu belajar buat sendiri di rumah selain beli di kedai. Apabila sudah biasa buat roti ini, boleh la anda cuba hias mengikut kretiviti sendiri dengan letakkan pewarna mengikut citarasa sendiri. Baru naik selera bila nak makan kan? Sapu pula dengan chocolate atau makan bersama aiskrim ni pasti sedap.
Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Roti Warna Warni ini 🙂
Bahan-bahan:
88 gm susu full cream
30 gm gula
Sedikit garam
280 gm tepung roti
1 sudu kecil yis
25 gm marjerin
Pewarna
Cara membuat:
- Campur semua bahan kecuali pewarna ke dalam bread maker.
- Uli sampai elastik. Bahagi doh kepada 3 dan warnakan.
- Rehatkan doh selama 10 minit.
- Gelek nipis setiap warna dan tindan.
- Gelek sekali lagi biar sekata dan potong.
- Gulung kemas kemudian masukkan ke dalam loyang.
- Biarkan kembang 3/4 dari loyang baru bakar suhu 160 api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Â