fbpx

Resepi Popia Basah Yang Simple. Buat Sendiri Di Rumah, Pasti Lagi Sedap!

iCookAsia

Anda yang rindu kan makanan di pasar? Popia basah ini antara hidangan yang wajib ada dan dijual sewaktu pasar malam. Yang buatkan sedap Popia Basah ini, terletak pada sos nya. Bila kita cuba buat sendiri dia rumah, boleh la kita adjust rasa mengikut citarasa sendiri kan? Jom buat! 

Terima kasih Ziela Lewis untuk perkongsian resipi Popia Basah ini 🙂

Bahan-Bahan Kulit Popia:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur putih

3/4 cawan air

2 sudu makan cuka

Secubit garam

Cara membuat kulit popia:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Anda boleh menggunakan tangan atau sudu. Jika adunan kelihatan pekat, boleh tambah air sedikit.
  2. Tutup dan perap selama 30 minit.
  3. Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper atau non-stick. Ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali dengan nipis.
  4. Biar seketika dan kemudian angkat perlahan-lahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.

*Kulit popia ini boleh diletak bertindan sebab ianya tidak melekat.

Bahan Sos Popia:

12-14 cili kering (dibuang biji, rebus dan toskan. Kemudian di kisar halus dengan 1 cawan air)

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2-3 sudu gula perang

1 sudu gula pasir

1 sudu kicap manis

Minyak untuk menumis

Cara-Cara Buat Sos:

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi. 
  3. Kemudian, masukkan cili dan masak hingga pecah minyak. Masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. 
  4. Akhir sekali, tambah garam secukupnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ziela Lewis (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x