Buat anda yang penggemar masakan paprik ayam ini, hasil perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini sangat berguna. Tidak terfikir juga sebelum ini untuk merebus ayam dahulu sebelum memasak. Bukan itu sahaja, air rebusan ayam tadi masih digunakan dalam masakan untuk di buat kuah. Ini lah resipi buat Paprik Ayam lagi sedap kan?
Terima kasih Amna Safia untuk perkongsian resipi Paprik Ayam ini 🙂
Bahan-bahannya:
Ayam potong dadu (rebus sekejap dan air rebusan jangan dibuang untuk dibuat kuah)
1 biji bawang merah (dihiris)
5-6 ulang Bawang putih (dihiris)
Cili kisar(kuantiti bergantung pada level pedas masing-masing)
Sos cili
Sos tiram
Serbuk secukup rasa
Bahan-bahan untuk sayur:
Carrot (1 batang dan potong panjang-panjang)
Bunga kobis
Kacang panjang (dipotong panjang)
Cabai burung belah tengah (ikut masing-masing banyak mana)
Bawang merah (dipotong bulat)
3 batang serai (diketuk)
2-3 helai daun limau purut
Cara memasak:
- Tumis bawang hiris sampai wangi. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar tadi dan biar cili masak hingga pecah minyak.
- Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram (agak-agak sahaja untuk letak banyak mana). Kemudian kacau bagi rata.
- Selepas itu, masukkan serbuk secukup rasa siap-siap dan biar menggelegak dahulu.
- Sudah menggelegak, letakkan air rebusan tadi (ikut masing-masing banyak mana). Kacau semua bahan tadi dan biar sekejap.
- Kemudian, masukkan semua sayur kecuali bawang merah, daun limau purut dan cabai burung. Sudah masukkan semua sayur, kacau lagi dan masukkan ayam pula.
- Biar semua bahan bersatu dalam kuali dan biar semua menggelegak.
- Apabila carrot sudah empuk, masukkan bawang merah yang telah dipotong, daun limau purut dan cabai burung. Biarkan dalam 4-5 minit dan boleh tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Amna Safia (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/