fbpx

Menebar Roti Canai Pada Musim Banjir. Bak Kata Netizen, “Ini Baru Betul-Betul Roti Banjir”.

iCookAsia

Baru baru kita dikejutkan dengan musim banjir yang berlaku di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga Johor. Banyak juga jalan yang sudah tutup dan perniagaan yang terjejas. Ye lah, sudah banjir memang susah la kan nak datang ketempat niaga dengan keadaan air banjir pada paras buku lali, kan?

Tetapi, baru baru ini. Berlakunya di satu kedai makan di Kampung Kangkar Tebrau, Johor, di mana perniagaan roti canai masih berjalan seperti biasa walaupun banjir melanda. Video yang menjadi tular di Twitter ini sudah mendapat 279 ribu tontonan dan sesetengah netizen sangat kagum dengan usaha peniaga-peniaga ini.

Bukan itu sahaja, di dalam video ini kelihatan beberapa rider foodpanda juga masih mengambil order. Wow!

Bukannya dibenarkan berniaga pada musim banjir ini tetapi ia menjadi keperluan untuk sesetengah golongan yang terkesan daripada bencana ini. Mencari rezeki tidak kira apa-apa keadaan sekali pun. Lebih-lebih lagi yang perlu menampung keluarga. 

“Kesiannya. Walau ditimpa musibah tetap kena cari rezeki halal” – @SyahirNaser

Apa-apa pun, diharapkan banjir di kawasan yang terkesan dengan banjir akan surut dengan cepat dan kesemua penduduk dalam keadaan selamat. 

Kredit video dan gambar: @Freissyann (Twitter)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x