fbpx

Cara Membuat Aiskrim Yogurt Perisa Kiwi Dan Cherry. Buat Stok Di Rumah. Sejuk Je Tekak Lepas Ni.

iCookAsia

Aiskrim bukan nya hanya dimakan pada musim panas sahaja. Musim sejuk pun boleh. Haa… dah alang-alang PKP, susah juga untuk asyik keluar beli aiskrim banyak-banyak kan. Apa kata kita beli barang siap siap dan buat sendiri di rumah. Jimat kos. Aiskrim ni pula, bukan sebarangan aiskrim. Ini aiskrim yogurt. Nak letak perisa ikut citarasa sendiri pun boleh. 

Terima kasih Puteri Bongsu untuk perkongsian resipi Aiskrim Yogurt ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan whipping cream

1 cawan yogurt (apa-apa perisa pun boleh)

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat (tak suka manis, boleh kurangkan)

2 sudu besar ovalette

Filling ikut citarasa masing-masing

Cara penyediaan:

  1. Putar semua bahan sampai gebu (kecuali filling). Anggaran dalam lebih kurang 20 minit.
  2. Apabila sudah siap, boleh lah picit filling keliling bekas.
  3. Lapiskan di tengah-tengah filling juga lagi sedap.
  4. Bahagian atas sekali boleh lah lukis corak sikit bagi nampak cantik. Apabila sudah siap, boleh masukkan ke dalam peti ais dan tunggu selama 4 hingga 5 jam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Puteri Bongsu (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x