Sekarang ini, memang ramai yang sudah dapatkan air fryer. Sebab proses memasaknya memang sangat cepat dan mudah. Seperti perkongsian resipi di bawah ini, seorang pengguna Facebook telah membuat kek marble. Disebabkan kapasiti nya terhad, beliau membuat versi cupcake. Comel kan?
Terima kasih Maya Sofia untuk perkongsian resipi Cake Marble Gebus ini 🙂
Bahan-bahan:
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung naik sendiri
Cara penyediaan:
- Mix butter dan gula hingga menjadi warna putih. Masukkan esen vanila.Â
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung dan kacau lagi hingga sebati.Â
- Kemudian, masukkan pewarna yang disukai.
Buat anda menggunakan NOXXA PRESSURE COOKER yang baharu, caranya:
- Bakar guna mode cake selama 50 minit.
- Selepas itu, biarkan sejuk. Sudah sejuk, baru keluarkan dari periuk.
Kalau anda hendak menggunakan NOXXA BREAD MAKER:
Letakkan mode oven pada Bake. Bakar pada suhu 60 celcius selama 40 minit.Â
Kalau anda hendak menggunakan air fryer daripada Philip pula:
- Letakkan suhu pada 160 celcius dan masa selama 18 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Maya Sofia (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/