fbpx

Buat Laksa Sardin Dengan Cara Mudah dan Cepat. Guna Sardin Dalam Tin Je.

iCookAsia

Anda peminat laksa? Tahukah anda, laksa juga boleh dibuat bersama sardin. Tak perlu susah-susah, guna sardin dalam tin je. Mudah, cepat dan sangat sedap. Jom cuba resipi daripada Chef Lin ini.

Bahan-bahan:
4 sudu besar Minyak Masak SAJI
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 biji cili merah (dikisar)
2 sudu besar pes cili (dikisar)
2 biji cili merah
1 batang serai, dititik
3 sudu besar pes rendang
425g sardin dalam tin, dihancurkan
1 kotak Santan Kelapa SAJI
1 liter air
1 keping asam gelugur
4 sudu besar Sos Cili SAJI
3 sudu besar Sos Tomato SAJI
2 sudu besar Sos Tiram SAJI
Garam Gunung SAJI secukup rasa

Bahan Hidangan:
400g laksa segar, dicelur
1 biji timun, diparut memanjang
1 biji lobak merah, diparut memanjang
1 ikat daun selom, dihiris
5 biji telur, direbus
5 biji limau kasturi, dibelah 2

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis Bahan Kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan pes rendang, kacau 1-2 minit.
3. Apabila terbit minyak, masukkan semua bahan lain.
4. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
5. Hidangkan bahan hidangan dengan kuah laksa.

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x