fbpx

Buat Kimchi Homemade. Rasa Masam Dan Pedas Yang Sebijik Macam Kimchi Di Korea.

iCookAsia

Ada peminat K-Drama atau K-Pop di sini? Sudah semestinya, anda tahu makanan tradisional orang Korea iaitu Kimchi. Rasa yang masam, pedas dan masin sedikit ini membuat sesetengah daripada rakyat Malaysia suka akan hidangan ini. Nak dapatkannya pun kadang hanya di restoran Korea dan jarang untuk kita buat sendiri kan?

Mujur ada perkongsian resipi ini di bawah ini. Tak perlu beli di luar sana. Kita cuba buat sendiri, sampai PRO!

Terima kasih Dee Diana Haser untuk perkongsian resipi Kimchi ini 🙂

Bahan untuk membuat Kimchi:

kobis cina (1 biji)

lobak merah (1 batang)

apple merah dikupas (1 biji)

bawang besar (1 labu)

bawang putih (4 ulas)

halia (1 inci)

serbuk cili babas (4-5 sudu ikut suka nak pedas,boleh tambah)

sos ikan (2-3 sudu makan)

gula (1 sudu makan)

garam (2 sudu makan)

Cara penyediaan:

  1. Potong kobis, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan garam dan perap selama 4-6 jam.
  2. Selepas 4-6 jam, bilas dan toskan. Masa ni boleh rasa cukup masin ke tak. Nanti boleh adjust dengan sos ikan.
  3. Potong (mancis) carrot dan apple atau sagat sahaja.
  4. Sediakan pes: Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.
  5. Gaul sebati kobis, carrot, apple, pes bawang, serbuk cili, sos ikan dan gula.
  6. Simpan dalam balang, biarkan selama 2-3 hari sebelum disimpan dalam peti sejuk.

p/s: Hari ke-2 dah boleh cuba rasa, kalau sudah masam, bolehlah dimakan atau simpan dalam peti ais. Sebab kadar fermentasi berubah mengikut suhu dan bahan juga.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dee Diana Haser (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x