fbpx

Letakkan Daun Ketumbar Banyak-Banyak Supaya Masakan Siakap Stim Limau Anda Jadi Lebih Enak. Puas Betul Makan!

iCookAsia

Asyik masakan Ayam sahaja kan? Kali ini kita cuba dengan Ikan Siakap pula. Kalau ke pasar tu, jangan lupa dapatkan Ikan Siakap. Kalau dapat yang murah tu, memang betul beruntung betul! 

Siakap sedap masak apa? Kalau tanya Admin, sudah semestinya Siakap Stim. Ha, alang-alang tu jom cuba resipi Siakap Stim Limau daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Terima kasih Oren Misaki untuk perkongsian resipi Siakap Stim Limau  ini 🙂

Bahan-bahan untuk Sos:

Bawang putih – cincang halus

Halia – sedikit

Cili padi – cincang halus 

Cili besar – hiris (optional sebab cili padi guna sikit sahaja, tidak pedas sangat)

Serai – hiris dalam 2 batang 

Air sedikit sahaja – setengah cawan

Jus limau nipis  – Lebih kurang, suku cawan 

Kiub ayam – ½ kiub 

Gula melaka – lebih kurang besar 2 ibu jari (ikut suka)

Garam sedikit (optional)

Sos ikan – sesudu kecil (tiada pun tak mengapa)

Tepung jagung sedikit – bancuh dengan air 

Daun ketumbar – banyak-banyak lagi sedap

Ikan siakap – lumur garam, jus limau sedikit, letak halia, serai dan batang daun ketumbar pada perut kemudian, kukus seketika.

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, halia, serai, cili seketika. Masukkan air dan jus limau.
  2. Didihkan. Masukkan kiub ayam, gula melaka, garam sedikit dan sos ikan. Waktu ini, perasakan. Jika rasanya masam sangat, letakkan gula melaka lagi. Kalau tiada gula melaka, gula biasa pun boleh. Ikut selera masing-masing.
  3. Didihkan lagi. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung sedikit. Agak-agak sudah pekat sedikit, jangan pekat seperti kuah kuey teow kungfu pula ya. Matikan api dan masukkan daun ketumbar.
  4. Siram atas ikan yang dikukus tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Oren Misaki (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x