Bawang putih ini, boleh buat anda keluar angin juga. Ada khasiat tersendiri untuk bahan bawang putih. Tetapi, pernah anda terfikir bawang putih ini boleh dibuat sebagai hidangan sampingan atau tambahan dalam menu nasi? Dengan menggunakan teknik menggoreng, anda boleh nikmati Bawang Putih rangup ini dengan apa sahaja menu anda waktu itu.
Terima kasih Haryati Jumri untuk perkongsian resipi Bawang Putih Rangup ini 🙂
Cara penyediaan:
- Rendam bawang putih dengan garam dalam 45 minit or sejam (yang di sagat).
- Bilas dengan air dalam 3 ke 4 kali. Tos sekejap dan gaulkan dengan sedikit tepung beras.
- Panaskan minyak dan 2 sudu planta atau butter. Apabila minyak sudah panas, goreng bawang putih tetapi jangan sampai garing. Jaga api dan semasa goreng, letak 2 sudu kecil air garam.
- Apabila seakan nak kuning, kacau-kacau dan perlahan api dan terus angkat. Tos dengan tisu dapur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Haryati Jumri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/