Masakan yang menggunakan Ayam dah menjadi kebiasaan kan? Apa kata kali ini, Admin kongsikan resipi yang menggunakan Daging. Seperti seorang pengguna Facebook ini, yang menariknya beliau kongsikan cara memasak Gulai Daging tanpa menggunakan Santan. Biasa orang akan gunakan Santan kan? Nak tahu apa rasa? Jom la cuba!
Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian resipi Gulai Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
Daging
Kari ikan
Kari daging
Kurma
Sos tiram
Air asam jawa
Bawang merah dan putih yang dah di kisar
Bawang merah di hiris
Bawang putih di hiris
Halia di hiris
Halba daging
Garam
Ubi kentang
Cara memasak:
- Rempah kari daging, ikan, kurma dan 2 sudu bawang yang dah di kisar. Bancuh satu mangkuk.
- Tumiskan halba, bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dihiris halus halus tadi. Sehingga naik bau.
- Selepas itu, masuk kan bancuhan rempah kari tadi. Dan sos tiram dalam 2 sudu macam itu. Biarkan sampai pecah minyak.
- Masukkan daging dan air sedikit biarkan sampai empuk.
- Dah empuk daging tambah air dan air asam jawa. Dan juga garam. Dan juga kentang. Biarkan mesra macam tu sampai kentang tu masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/