fbpx

Resepi Mudah Apam Balik. Ada Inti Keju Coklat & Strawberi Keju. Terliur Betul!

iCookAsia

Selalu anda akan dapatkan Apam Balik di gerai tepi jalan kan? Tak perlu susah-susah dah lepas ini. Ikut resepi Apam Balik daripada Chef Lin ini dengan pelbagai jenis perisa intinya. Dengan menggunakan marjerin daripada SERI Pelangi, hidangan akan bertambah sedap dan wangi. Terliur tak? Jom cuba!

Bahan-bahan:
150g tepung gandum
35g gula kastor
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
3 sudu besar Marjerin SERI PELANGI (cair)
200ml air suam
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil air

Bahan Inti:
Pilihan (1):
100g krim keju
1 biji kuning telur
8 keping biskut Oreo, dicincang halus
Sos coklat secukupnya

Cara membuat (1):
Pukul krim keju dan kuning telur sehingga sebati. Picitkan ke atas apam balik, taburkan coklat dan titiskan sos coklat.

Pilihan (2):
4 sudu besar jagung berkrim
4 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk
1-2 sudu besar gula kastor

Cara membuat (2):
Sudukan kacang ke atas apam. Taburkan gula dan jagung.

Pilihan (3):
3/4 cawan Krimer Sejat Manis SAJI
1/2 cawan coklat kurang manis, dicincang
1/2 sudu kecil esen vanila
8 biji strawberi, dihiris
100g parutan keju Cheddar

Cara membuat (3):
Kacau Krimer Sejat Manis SAJI dengan coklat atas api perlahan sehingga cair. Tutup api, masukkan vanila dan biar sejuk sedikit.

Karamel masin:
2 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan Marjerin Seri Pelangi
1/2 cawan gula perang
3/4 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
1/4 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil vanila
1/4 sudu kecil Garam Gunung SAJI

Untuk Karamel Masin: Kacau semua bahan kecuali vanila dan garam sehingga mendidih. Tutup api, masukkan vanila dan garam. Biar sejuk.

Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula dan garam.
2. Masukkan yis, kacau rata.
3. Tuangkan telur, marjerin dan air.
4. Pukul rata selama 1 minit.
5. Satukan soda penaik dan air.
6. Tuangkan ke dalam adunan dan pukul rata.
7. Tutup adunan, biar 30 minit.
8. Ratakan satu senduk adunan ke dalam kuali.
9. Isikan dengan inti kemudian lipat dua dan angkat.

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x