Siapa sahaja yang tidak suka Kuih Donut kan? Kebiasaannya, anda akan beli di gerai tepi jalan sahaja untuk nikmati kelembutan Kuih Donut pada waktu pagi. Tetapi, untuk perkongsian resipi kali ini sangat mengancam. Sebab apa? Seorang pengguna Facebook ini membuat Donut versi Pandan Susu. Tengok sahaja gambar sudah tahu sedap dan bikin terliur kan? Jom buat!
Terima kasih Zaimah Zakaria untuk perkongsian resipi Donut Pandan Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11 gm yis
10 gm bread improver
20 gm susu tepung
50 gm gula pasir
2 biji telur gred A
80 gm butter atau marjerin
160 gm air sejuk
2 sudu kecil pandan paste
Susu tepung untuk salut donat
Cara memasak:
- Campurkan semua dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
- Masukkan air sejuk sikit-sikit.
- Uli sampai jadi doh yang licin.
- Timbang setiap satu. Cadangan untuk timbang 50gm.
- Bulat-bulatkan canai sikit. Ambil penutup botol tekan pada tengah-tengah.
- Tunggu naik sikit boleh goreng guna api perlahan je.
- Salut dengan susu atau gula halus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/