fbpx

Belum Masuk Bulan Puasa Lagi, Boleh Mula Guna Kurma Untuk Buat Kek Lapis Kurma Ni.

iCookAsia

Apabila disebut Kurma, memang terus teringat pada bulan puasa. Tetapi, seorang pengguna Facebook ini menggunakan bahan Kurma dalam Kek Lapis awal-awal lagi sebelum musim Ramadhan. Maklumlah, kita tak sabar kan nak berpuasa. 

 

Ha, kalau anda tak nak cuba buat sekarang pun tak apa. Simpan resepi ni siap siap, dan buat pada bulan Ramadhan nanti. 

Terima kasih Aini Binte Madon untuk perkongsian resipi Kek Lapis Kurma ini 🙂

Bahan A

500gm butter – lembutkan sikit pada suhu bilik 

2 sudu makan susu pekat manis

2 sudu teh esen vanilla

Bahan B

360gm kuning telur

170gm putih telur

150gm tepung naik sendiri (self-raising flour)

230gm gula kastor

1 sudu makan ovalette

Bahan C

Secukupnya kurma yang lembut

Cara membuat:

  1. Kurma dibuang bijinya. Picitkan kurma kasi leper. 
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul bahan-bahan A dengan high speed hingga kembang dan putih selama lebih kurang 5-7 minit. Ketepikan.
  3. Masih menggunakan mixer, dengan mangkuk yang bersih, masukkan kesemua bahan-bahan B dan pukul dengan high speed selama lebih kurang 10-12 minit hingga pekat dan gebu.
  4. Masukkan adunan A (butter) tadi ke dalam adunan B. Gaulkan dengan high speed sekejap dalam 5-10 saat. Kemudian, kaup balik adunan dengan menggunakan spatula hingga adunan sebati.
  5. Panaskan oven dengan menggunakan api atas sahaja (GRILL).
  6. Bakar selapis-selapis hingga selesai. 
  7. Pada setiap 2 atau 3 lapisan, susunkan  kurma dan bakar setiap lapisan hingga  permukaan kek berwarna coklat. Setiap kurma yang telah dileperkan, siat-siatkan sahaja dan susun atas permukaan kek. Setiap lapisan mengambil masa 4-6 minit bergantung jenis oven masing-masing. Harus perhatikan jangan sampai hangus.
  8. Bila kek dah masak, biarkan kek di dalam loyang. Biarkan kek sejuk sepenuhnya pada suhu bilik. 
  9. Bila kek dah betul-betul sejuk, baru lah boleh dipotong untuk mendapatkan kek yang moist, lembut dan cantik lapisannya.

NOTA dari Aini Binte Madon:

  1. Saya gunakan pure butter seperti SCS dan Anchor untuk mendapatkan rasa dan texture yang berkualiti berbanding menggunakan marjerin seperti Buttercup dan sebagainya. Tapi ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka guna marjerin,  boleh ja, tiada masalah.
  2. Saya guna 500gm butter dan ambil sedikit sahaja untuk disapukan pada dasar loyang (tak perlu sapu di tepi-tepi loyang) dan alaskan dengan baking paper.
  3. Saya gunakan loyang berukuran 8x8x3 inci persegi.
  4. Gunakan telur pada suhu bilik (room temperature) BUKAN SEJUK DARI FRIDGE.
  5. Saya gunakan oven brand KHIND 52L (countertop)  dengan api atas dan suhu 220°C. Saya letak di rak tengah. Jika guna built-in oven, saya guna suhu 210°C.
  6. Setiap lapisan jangan terlalu tipis atau terlalu tebal… agak2 je… anggaran 90-100 gm setiap lapisan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aini Binte Madon (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x