fbpx

Resepi Laksa Johor Yang Patut Anda Cuba. Bukan Orang Johor Pun, Boleh Cuba Dan Makan.

iCookAsia

Hidangan Laksa ini berbeza mengikut negeri. Dan apa yang menariknya apabila disebut tentang Laksa, Admin suka untuk sentiasa cuba membuat Laksa Johor. Ini kerana, Admin rasa Laksa Johor ini uniknya dimana Laksa ini dimakan menggunakan tangan. Kalau Laksa Utara, memang menggunakan sudu dan garfu. Tetapi tidak pada Laksa Johor. 

Kalau anda tidak pernah cuba Laksa Johor, memang rugi. Kalau baru nak cuba, haa jangan makan pakai sudu garfu pula, guna tangan tau!

Terima kasih Fauziah Ali untuk perkongsian resipi Laksa Johor ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket Spaghetti (direbus)

Minyak masak untuk menumis 

Bahan A

5 ekor ikan kembung batu atau digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk 

atau di blend)

1 paket kecil udang kering (di blend)

Sedikit ikan kurau masin (digoreng dan di blend)

Bahan B (dikisar)

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia 

1 inci lengkuas  

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai

2 keping asam keping 

1 paket santan pekat

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto

Bahan Ulaman/Hiasan:

Limau kasturi di belah dua 

dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge 

Bawang besar hiris

Daun kesum hiris

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan

Cara membuat Kuah Laksa:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
  2. Bila rempah dah garing, masukkan cili kisar, rempah kari, kerisek dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
  3. Masukkan ikan,  udang kering dan ikan kurau masin yang telah di blend tadi.
  4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
  7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman dan hiasannya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fauziah Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x