Sekarang ini, pelbagai jenis masakan pedas yang telah dijual dan diperkenalkan. Untuk penggemar pedas, memang confirm lah akan cuba hidangan yang ada kan? Dan sudah pasti, masakan Goreng Berlada menjadi kegemaran ramai.
Daripada menggunaka Ikan/ Ikan Keli, Ayam, Daging dan pelbagai lain. Masakan ini sangat sesuai dengan apa bahan sekali pun. Haa, anda yang sedang baca ini, dah cuba ke belum?
Terima kasih Ben Safwan untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Berlado ini 🙂
Cara penyediaan:
- Mula-mula potong kecil ayam. Guna bahagian bertulang. Baru sedap. Lebih kurang 600-700 gram ayam. Gaul letak serbuk kunyit 1/2 sudu makan dan 1 sudu garam bukit. Kunyit jangan terlebih.
- Goreng ketulan ayam bila api cukup panas. Api besar dan kacau selang 2-3 minit. Bila dah nampak garing, isi tulang bertukar hitam, itu tanda sudah masak. Angkat dan toskan.
- Kisar 3 biji bawang merah saiz 50 sen lama, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia muda, 5 cili burung/cili thai pedas, 3 cili besar hijau, 3 cili besar merah.
*”Jadi kombinasi ini hasilkan rasa pedas dihujung lidah sahaja. Kalau buat untuk makan sorang, Ben akan gandakan cili burung dan lebihkan lagi cili besar.”
- Guna kuali tadi, letak balik 1/2 senduk minyak masak, api kecil. Masukkan bahan kisar bersama 1 batang kecil serai tumbuk.
- Tumis hingga layu bahan kisar, baru tambah 1 batang saderi yang dipotong kecil, 2-3 helai daun limau purut dicarik, 1/2 biji bawang besar/Holland yang dipotong bulat.
- Tambah juga cili benggala kalau ada dalam peti.
- Kacau-kacau hingga layu sikit bawang, hilang bau bawang. Letak 1/2 sudu teh garam bukit dan 1/2 sudu teh serbuk perasa.
- Apabila sudah sedap semua, baru masuk potongan ayam, daun ketumbar 4-5 tangkai dan 3 biji tomato ceri dibelah dua.
- Api besar, supaya bahan kisar bersalut elok pada potongan ayam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/