Hanya beberapa hari sahaja nak masuk ke Bulan Syawal. Masing-masing sudah bermula untuk membuat persiapan raya tetapi tanpa melupakan untuk beribadah pada hari-hari terakhir Ramadan. Haa, selepas berterawih, boleh lagi mencari masa untuk membuat Kuih Raya betul tak?
Kalau anda mencari resepi Kuih Raya yang mudah dan cepat untuk dibuat pada malam hari. Disini Admin kongsikan resepi Biskut Semperit Susu yang sangat mudah. Bahan-bahan pun mudah dicari.Â
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Biskut Semperit Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 ½-3 cawan tepung jagung
1/2 sudu besar tepung beras (optional)
Cara membuat:
- Gaul marjerin dan susu.
- Masukkan esen vanila dan kacau sebati guna spatula.
- Masukkan tepung jagung.
- Terap guba acuan semperit.
- Rehatkan doh bawah kipas angin. Apabila doh dah mengeras baru bakar pada suhu 150′-20 minit atau ikut suhu oven masing-masing.Â
Nota: Tepung beras optional. Untuk bagi rangupkan biskut dan untuk elak bunga kembang setaman.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos