fbpx

Jangan Lupa Masukkan Daun Selasih Dalam Laksa Johor. Kalau Tak Ada, Nanti Kena Kecam.

iCookAsia

Admin pasti sudah semakin reda orang-orang kita bercakap tentang Laksa kan? Tidak ada lagi yang bergaduh kan? Jangan stress, adik abang pakcik makcik. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu raikan sahaja makanan yang telah dijamu, yang diajar oleh atuk nenek moyang kita dulu dan daripada tempat lain juga. Walaupun satu jenis makanan ini, ia menggunakan bahan yang lain di negeri lain. Seperti Laksa Johor. 

Laksa Johor ini sangat berlainan kerana ia menggunakan spagetti dan bukannya mee laksa yang putih itu. Mengikut adat pula, dimakan dengan menggunakan tangan, bukan garfu dan sudu. Kuahnya pekat dan tidak berkuah. Rasa lain daripada Laksa biasa. Anda pernah cuba? Kalau belum, jom belajar untuk buat. 

Terima kasih Fauziah Ali untuk perkongsian resipi Laksa Johor ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket Spaghetti (direbus)

Minyak masak untuk menumis 

Bahan A

5 ekor ikan kembung batu atau digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau dikisar)

1 paket kecil udang kering (di blend)

Sedikit ikan kurau masin (digoreng dan di blend)

Bahan B (dikisar)

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia 

1 inci lengkuas  

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai

2 keping asam keping 

1 paket santan pekat

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto

Bahan Ulaman/Hiasan:

Limau kasturi di belah dua dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge 

Bawang besar hiris

Daun kesum hiris

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan

Cara-cara Membuat Kuah Laksa :-

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
  2. Bila rempah sudah garing, masukkan cili kisar, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
  3. Masukkan ikan,  udang kering dan ikan kurau masin yang telah dikisar tadi.
  4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
  7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman dan hiasannya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fauziah Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x