Hidangan Serunding kebiasaannya dijadikan hidangan sampingan bagi sesetengah orang. Serunding ini seperti penambah rasa. Atau kehabisan lauk pun, ada yang makan serunding ini bersama Nasi Putih sahaja. Tetapi, resepi kali ini bukan berkaitan Serunding yang itu. Tetapi sejenis hidangan atau pencuci mulut yang sudah menjadi tradisi orang Melayu.
Perkongsian kali ini menggunakan Pulut dan kadang ia dianggap sebagai kuih, iaitu Pulut Serunding Kelapa. Pernah nampak? Tidak ramai yang gemar kuih ini, tetapi rasa Serunding Kelapa ini sangat lah sedap. Jom cuba!
Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Pulut Serunding Kelapa ini 🙂
Bahan-bahan Pulut:
2 cawan pulut
2 cawan air
1 sudu minyak masak
Garam
Bahan-bahan Serunding Kelapa:
1/3 kelapa parut sebiji
1 sudu gula
1 sudu garam
Air
Bahan-bahan kisar:
4 tangkai cili kering
4 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu udang geragau kering
1/2 sudu jintan manis (optional)
1/2 sudu biji ketumbar (optional)
Cara memasak pulut:
- Basuh beras pulut. Kemudian sukat air seperti biasa. Letak secubit garam dan masukkan 1 sudu minyak masak. Boleh dikukus dalam periuk nasi atau alat pengukus.
- Jangan lupa untuk kacau 2-3 kali supaya pulut tidak berkerak.
- Boleh disejukkan seketika dan dibentuk bulat bulat.
Cara memasak serunding:
- Tumis bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan tumis sehingga naik minyak dan sedikit garing.
- Seterusnya masukkan sedikit air dan kelapa parut.
- Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau sehingga terjadinya serunding.
- Biarkan sejuk seketika.
Cara menghidang: Pulut yang sudah dibentuk bulat-bulat digolekkan dengan serunding kelapa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos