fbpx

Buat Roti Jala Dua Warna, Baru Cantik. Sedap Dicicah Dan Makan Bersama Kari Ayam.

iCookAsia

Sekarang ini, banyak makanan tradisi sudah di tukar atau ubah suai pada rupa yang lain. Contohnya, kuih lapis yang ditukar warnanya. Haa, bukan kuih lapis je, Roti Jala pun ada. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, mengubah suai warna Roti Jala yang asalnya warna kekuningan kepada dua warna. Haa, menarik kan? Para ibu boleh lah buat cara ini, supaya anak anak jadi tertarik untuk makan. Jom cuba!

Terima kasih Anita Abd Rahman untuk perkongsian resipi Roti Jala ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan gandum

4 cawan air

1 cawan santan pekat

4 biji telur

Pewarna

2 sudu besar marjerin

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna.
  2. Bila sebati, tuang di dalam bekas dan bahagi dua.
  3. Masukkan pewarna kesukaan anda .
  4. Panaskan kuali sapu minyak sedikit dan goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anita Abd Rahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x