fbpx

Resepi Spageti Masak Kupang Lemak Pedas Yang Sedap. Penggemar Seafood Patut Cuba Resepi Ini!

iCookAsia

Kalau anda dah bosan dengan cara hidangan ala western untuk spageti, boleh cuba cara masakan Spageti Masak Kupang Lemak Pedas. Untuk penggemar seafood, mesti suka akan resepi daripada Chef Haikal ini, dan yang pasti Chef menggunakan bahan daripada SAJI Malaysia untuk hidangan lebih sedap. Jom cuba!

Bahan-bahan:⁣
Bawang merah kecil 60 gram⁣
Serai 10 gram⁣
Cili padi 6 – 10 biji⁣
Daun limau purut 4 helai⁣
Bunga kantan 10 gram⁣
Daun kesum 10 gram⁣
Kupang (mussle) 350 gram⁣
Air 100 ml⁣
Santan Kelapa SAJI 100 ml⁣
Bayam muda ( baby spinach ) 20 gram⁣
Garam 1 sudu kecil⁣
Serbuk lada putih secukup rasa⁣
Spageti 300 gram⁣
Cili merah besar hiasan⁣
Daun ketumbar hiasan⁣
Jus lemon 1 sudu besar⁣
Minyak masak 5 sudu besar⁣

Cara membuat:⁣
1. Didihkan air bersama garam, masuk spaghetti dan masak selama 8 ke 10 minit sehingga masak.⁣
2. Kemudian toskan air dan gaulkan spaghetti bersama sedikit minyak zaitun.⁣
3. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang merah kecil bersama cili pada dan masukan serai.⁣
4. Setelah harum, daun kesum dan bunga kantan serta air. Masukkan kupang, biarkan satu minit dan masukan santan serta garam dan lada putih.⁣
5. Cukup rasa masukkan spaghetti gaul sebati untuk 2 ke 3 minit.⁣
6. Masuk kan ‘baby spinach’ gaul sebati. Tutup api dan masukkan jus lemon dan gaul sebati.⁣
7. Sedia untuk dihidangkan bersama daun ketumbar dan cili merah sebagai hiasan.⁣

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x