fbpx

Agar-Agar Kacang Merah, Hidangan Pencuci Mulut Terbaik Sebagai Penyejuk Tekak Pada Musim Panas Ini.

iCookAsia

Sekarang ini, cuaca tidak menentu di Malaysia. Sekejap panas, sekejap sejuk dan hujan. Tetapi, apabila tibanya musim panas yang terik pasti anda hendak nikmati makanan atau hidangan yang boleh menyejukkan tekak dan badan anda kan? 

Sudah semestinya ramai yang teringat pada Aiskrim atau air sejuk. Haa, di sini Admin nak kongsikan satu pencuci mulut yang sangat menyelerakan iaitu Agar-Agar Kacang Merah. Tengok gambar pun dah tahu nampak sejuk je pencuci mulut ini. Jom cuba!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Agar-Agar Kacang Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah 

30g agar-agar tali

2 1/2 cawan gula 

1 liter air

500 ml air rebusan kacang

3 ketul kecil gula batu

Cara membuat:

  1. Kacang direndam semalaman dan direbus bersama secubit garam sehingga empuk. Hancurkan (blend) kacang bersama air rebusan. Separa hancur sahaja dan ketepikan.
  2. Masak agar-agar bersama air sehingga sebati. Masukkan kacang, gula dan gula batu. Kacau hingga mendidih.
  3. Setelah itu, angkat dan tuang kedalam loyang dan sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x