fbpx

Resepi Pulut Panggang Yang Sangat Mudah. Rugi Tak Cuba.

iCookAsia

Buat yang sering berjalan kaki pada waktu pagi untuk ke gerai kegemaran dan membeli sarapan, sudah pasti hidangan Pulut Panggang ini ada terjual sekali kan? Kalau ada yang gemar akan kuih ini pasti rindu kan nak beli? Musim PKP ni menjadi tidak seronok apabila pergerakan perlu dikawal. 

Dengan itu, apa kata kita cuba membuat sendiri hidangan ini. Boleh lah tambah skills memasak kita. Jangan risau, ianya sangat sedap. Rupa pun dah tahu sedap macam yang dijual di gerai tu. 

Terima kasih Nour Atyka untuk perkongsian resipi Pulut Panggang ini 🙂

Bahan A (Inti, dikisar)

Bawang merah

Halia

Cili padi

Serai

Cili Boh

Serbuk kunyit

Kelapa parut (tak perlu blend)

Caranya:

  1. Masukkan bahan yang dikisar serta kelapa parut.
  2. Tambah air sedikit.
  3. Letak gula dan garam.
  4. Masak sehingga inti kering.

Bahan B

Pulut direndam

Santan

Garam

Caranya:

  1. Kukus pulut sehingga separuh masak.
  2. Kemudian masuk campuran santan dan garam, gaul sekali dengan pulut.
  3. Sambung proses kukus sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nour Atyka (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x