fbpx

Cara Membuat Kek Coklat Pisang Tanpa Menggunakan Mixer Pun. Hasilnya Tetapi Gebu Dan Sedap!

iCookAsia

Musim PKP ni, Admin pasti ramai yang rindu nak kedai Kek atau Kafe untuk menikmati hidangan pencuci mulut. Jangan risau, disini Admin kongsikan hidangan Kek Coklat Pisang yang cara hidangannya pun seperti di restoran tau. 

Boleh lah buat di rumah, dan ambil feeling seperti di kedai tu hehe. 

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Kek Coklat Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 cawan minyak jagung

2 biji telur A

1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan serbuk koko

3/4 cawan brown sugar

1 cawan pisang berangan yang dilenyekkan

Coklat chip

Pisang untuk hiasan

Cara penyediaan:


1. Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, minyak, telur dan esen vanilla. Kacau sebati.


2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, masukkan tepung gandum dalam adunan pisang tadi. Kaup balik hingga sebati dan masukkan coklat chip.


3. Tuang sedikit adunan dalam loyang 10×10 yang dialas dengan kertas minyak, susun pisang di atas adunan. Kemudian tuang baki adunan. Kalau nak ringkas, anda tuang sahaja adunan terus ke dalam loyang. Tak perlu susun hirisan pisang tu.

*Anda boleh juga guna loyang 8×8 untuk kek yang lebih tinggi.

5. Taburkan coklat chip atau hirisan coklat sebagai hiasan.


6. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit. Suhu dan waktu bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x