fbpx

Resepi Simple, Sambal Sardin. Gandingkan Bersama Telur Dadar, Jadi Hidangan Yang Lengkap.

iCookAsia

Hidangan Sardin ini kebiasaannya dimasak apabila sudah tidak tahu nak masak apa dan selera rasa nak lauk yang simple sahaja. Betul tak? Lauk yang mudah ni lah boleh buat kenyang juga. Tetapi, tidaklah mudah yang sahaja makan dari tin Sardin dan panaskan sahaja. Ada cara untuk membuat hidangan bertambah sedap dan menyelerakan. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti resepi di bawah ini. 

Terima kasih Siti Khodijah untuk perkongsian resipi Sambal Sardin ini 🙂

Bahan-bahan:

Sardin Tin

Garam

Perasa

Jus asam jawa

Cili kisar (lada besar merah dan sedikit cili padi)

*Nak guna cili kering pun boleh

Sedikit halia 

Sedikit Cili Padi (diketuk/ditumbuk)

1 sudu kecil sos tiram

 

Bahan tumbuk (kasar):

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah kecil

Cara memasak:

1. Tumis halia dan bawang sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan sebatikan. Tumis hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan gaul sebati.

4. Masukkan sardin, cili padi yang telah diketuk dan sedikit air. Kacau ratakan. Perasakan garam perasa secukup rasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Khodijah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x