Kuih apam beras, antara pilihan kuih tradisional dari semua golongan umur. Rahsia apam gebu dan kembang ada dalam resepi di bawah.
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Apam Beras ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 1/4 cawan air
1sdb mauripan
1 paket eno biru
Cara memasak:
- Masukkan air dan nasi sejuk ke dalam blender, blend sehingga halus.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, mauripan. Blend lg sehingga sebati semua bahan.
- Tuang ke dalam bekas dan perap selama 1-3 jam (bertutup).
- Masukkan eno dan kacau sebati.
- Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.
- Kukus selama 15 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos