fbpx

Resepi Kuih Lompang Yang Sangat Mudah Dan Cantik Hasilnya!

iCookAsia

Kuih lompang ni merupakan salah satu kuih tradisional yang memang ramai peminat. Namun dah tak banyak dijual, jom kita belajar cara buatnya supaya kuih ini tidak hilang kewujudannya.

Terima kasih Azizah Daud untuk perkongsian resipi Kuih Lompang ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

3 sudu makan tepung jagung

3 cawan air

Sedikit garam

1 cawan campuran nise + gula merah + gula putih (ikut kemanisan yang kita mahu)

1 sudu air kapur

2 helai daun pandan

½ biji kelapa putih + sedikit garam kukus

Cara memasak:

  1. Panaskan campuran gula sehingga mendidih. Sudah sejuk, boleh tapiskan.
  2. Campurkan tepung beras, tepung jagung, air, air kapur dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula tadi dan tapis sekali lagi. Ketepikan.
  4. Panaskan kukusan, sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Panaskan sekejap.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan yang sudah dipanaskan tadi.
  6. Kukus selama 15 minit.
  7. Tunggu kuih sejuk dan boleh keluarkan dari acuan. Hias dengan kelapa parut tadi.

Nota: semasa tuangkan ke dalam acuan, sentiasa kacau adunan supaya semua bercampur dan tidak ada yang keras atau lembik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x