Wah, menarik betul resepi ini, kalau dah bosan buat donut biasa, boleh cuba resepi ini pula. Pasti menarik hati kan. Nak buat untuk berniaga pun boleh. Jom cuba.
Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Donut Biscoff ini 🙂
Bahan-bahan:
250g tepung roti/ tepung gandum
1 sdb/ 5g yis
40g gula halus
150ml air sejuk (kalau guna tangan, tukar ke air suam)
1 biji kuning telur
30g marjerin
Topping:
Biscoff spread (double boil sebentar)
Biskut biscoff (hancurkan sedikit)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan uli hingga sebati.
- Uli hingga doh jadi elastik.
- Kalau guna tangan, campurkan yis, gula dan air suam dan biarkan yis kembang sekejap baru campurkan dengan bahan lain.
- Bahagikan doh, bentukkan bulat dan canai.
- Buatkan lubang di tengah. Biarkan doh mengembang.
- Bila dah kembang, boleh goreng donut dengan api perlahan.
- Celupkan donut yang sudah digoreng dalam biscoff spread dan taburkan biskut.Â
*Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung. Adunan ini boleh dapat dalam 12 biji donut.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos