Sekarang kan ramai yang sudah bekerja dari rumah atau WFH, takkan asyik nak kunyah jajan kan. Jadi boleh cuba buat pegaga goreng rangup ini. Pegaga ini dikategorikan sebagai superfood kerana khasiatnya yang banyak tau. Jom cuba!
Terima kasih Nor Sue Ella untuk perkongsian resipi Pegaga Goreng Crispy ini 🙂
Bahan-bahan:
Pegaga
Daun kari
Sedikit air
1 biji telur
Tepung bestari
Cara memasak:
- Cuci pegaga dan potong sikit tangkai kalau panjang.
- Basuh daun kari dan tos.
- Gaulkan pegaga dan satukan semua bahan.
- Goreng dalam minyak panas sehingga garing. Boleh disimpan di dalam balang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Sue Ella (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos