Buat yang tidak pernah dengar panggilan Roti Sisir atau Roti Balok ini, ia sebenarnya sama seperti Roti Bun yang biasa. Cuma ada nama lain je.
Haa, jika di tempat anda susah nak dapatkan Roti, boleh lah cuba buat Roti Homemade di rumah.
Terima kasih Neny Lai Han untuk perkongsian resipi Roti Sisir/ Roti Balok ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
*Campurkan bahan-bahan ini dan biarkan kembang.
Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh dough softener
*1 biji telur dari peti
Cara membuat:
- Ramaskan bahan-bahan ni hingga jadi macam serbuk roti.
- Kemudian campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul rata.
- Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian, tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin biar kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk-tumbuk lagi keluarkan angin.
- Kemudian, uli lagi sekadar tak melekat kat jari.
- Bulat-bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang dan gelek (ketebalan ikut suka), lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.
- Rehatkan doh hingga kembang dan panaskan terlebih dahulu oven guna suhu 170′ selama 10 minit atau ikut oven masing-masing.
- Sementara itu, sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur dan 2 tbsp fresh milk kacau rata.
- Selepas itu, bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170′ selama 25 minit atau sehingga masak.
- Rehatkan kejap roti dalam oven, baru keluarkan dari oven dan terbalikkan seketika. Kemudian griskan dengan marjerin untuk bagi roti cantik glowing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Neny Lai Han (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos