fbpx

Resepi Kek Carrot Kelapa.

iCookAsia

Resepi Kek Carrot Kelapa ini sangat sedap untuk dicuba, boleh dijadikan menu minum petang. Atau nak makan bila-bila masa pun boleh!

Terima kasih Ruhana Zalina untuk perkongsian resipi Kek Carrot Kelapa ini 🙂

Bahan-bahan A (diayak)

2 cawan tepung gandum

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat

Secubit serbuk kulit kayu manis (kalau tak suka tak perlu letak)

Secubit garam

Bahan-bahan B (blend kesemuanya)

4 biji telur

1 cawan gula

1 sk esen vanilla

1 cawan minyak jagung/ minyak masak

1 batang carrot sederhana

Bahan-bahan C

2 cawan carrot diparut

1 cawan kelapa kering 

Cara-cara memasak:

  1. Tuang bahan B ke dalam bahan A. Kaup bagi sebati.
  2. Masukkan bahan C dan gaul lagi.
  3. Alas loyang dengan baking paper, sapu marjerin atau minyak dan tabur tepung sedikit.
  4. Tuang adunan kedalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 150/180 ikut oven masing-masing (api atas dan bawah sama suhu)
  6. Bakar selama 40-50 minit hingga masak. 

Topping cream cheese

Bahan-bahan:

250g cream cheee

500g fresh cream@setengah cawan susu segar

3sb susu pekat manis

Cara-cara:

Blend semua bahan di atas. Bubuh dalam bekas atau piping bag, dan boleh letakkan topping di atas kek.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ruhana Zalina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x