fbpx

Nasi Minyak Dengan Daging Masak Hitam. Ni Confirm Tambah Banyak Kali

iCookAsia

Musim PKP ni memang tak dapat nak makan nasi minyak, nak beli kat kedai pun susah nak jumpa. Jadi jom kita buat sendiri. Buat sendiri ni puas hati la dapat makan banyak-banyak kan. Jom cuba.

Terima kasih Mdm Kelly untuk perkongsian resipi Nasi Minyak dengan Daging Masak Hitam ini 🙂

Resepi Nasi Minyak

4 cawan  beras basmathi (rendam dan cuci bersih)

Bahan tumis:

1 batang serai diketuk

Halia

Hirisan bawang besar

4 sekawan

Daun pandan

2 sudu makan minyak sapi

2 sudu makan minyak masak

3 cawan susu cair+air biasa (cukupkan 7 cawan air)

Sedikit serbuk kunyit

Garam

Kismis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis semua bahan tumisan hingga naik wangi.
  2. Masukkan beras, susu dan air, garam. Gaul sebati. Angkat dan letak dalam periuk elektrik.

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

1kg daging potong kiub dan cuci bersih

Bahan kisar

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

Halia

Bahan tumis

1 batang serai

4 sekawan

Kicap manis

Kicap masin

Sos tiram

3 sudu makan cili kisar

1/2 sudu makan serbuk jintang manis dan putih

Sedikit gula kerek

Cara memasak:

  1. Tumis serai dan 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan cili, daging dan kicap. 
  2. Masak api perlahan, masukkan serbuk jintan, kemudian boleh tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu letak garam. 
  3. Biarkan daging empuk dan masak.

Gunakan 32cm SHEFU Aluminium Wok untuk memastikan daging anda masak sekata dan tak melekat pada kuali.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriza Jaja(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x