fbpx

Cara Membuat Tauhu Bakar Yang Boleh Buat Kenyang Sampai Malam. Rugi Tak Cuba!

iCookAsia

Walaupun sekarang ini musim Panas, Admin pasti pada waktu petang mesti tercari-cari hidangan yang dapat memuaskan tekak kan? Jom buat Tauhu Bakar di rumah. Biasa beli di luar dan memandangkan PKP ni, semuanya homemade sahaja la di rumah. Jom cuba!

Terima kasih Eniza M. Salim untuk perkongsian resipi Tauhu Bakar ini 🙂

Bahan untuk Sos:

1/2  botol petis udang

3 sudu cili kering (kisar halus)

1 sudu cili api kisar

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

2 sudu kicap pekat manis

3 cawan air

2 sudu tepung jagung jagung 

Bahan untuk Tauhu:

Tauhu kering 4 segi 

1 biji timun (hiris halus)

1 batang carrot ( hiris halus)

1/2 biji sengkuang (hiris halus) jika suka

Kacang tanah (di goreng tanpa minyak dan di kisar kasar)

Cara untuk membuat Sos:

  1. Larutkan gula merah dengan sedikit air dan tapis.
  2. Campurkan semua bahan diatas ke dalam periuk kecuali tepung.
  3. Masak hingga mendidih dan pastikan rasanya mesti pedas manis.
  4. Tutup api dan masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diinginkan.

Cara untuk membuat Tauhu:

  1. Bakar tauhu di atas kuali/pembakar sehingga garing (boleh bakar dalam Air Fryer pada suhu 180 selama 5-15 minit). 
  2. Potong-potong dan letak timun, carrot dan sengkuang.
  3. Curahkan sos dan taburkan kacang tanah. Sedia dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x