fbpx

Kuih Tradisional, Kuih Qasidah. Resepi Yang Sangat Mudah, Sikit Je Bahan Guna.

iCookAsia

Tidak ramai yang tahu dan gemar akan Kuih Qasidah ini. Kalau tanya atok dan nenak kita pasti mereka tahu. Dan nak buat hidangan ini sebenarnya sangat mudah. Bahan pula, senang je nak dapat di kedai Runcit. 

Jom cuba buat di rumah. Boleh lah kenalkan pada anak-anak tentang Kuih tradisi ini. 

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Kuih Qasidah ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

5 cawan air

Sedikit garam

1 cawan gula atau boleh tambah jika suka manis.

Pewarna kuning (jika suka)

Untuk bawang goreng:

10 – 15 ulas bawang merah di mayang nipis-nipis

Minyak secukupnya

*Goreng bawang tadi sehingga garing (bukan hangus ya). Angkat dan toskan minyaknya. Simpan baki minyak untuk digunakan di atas kuih nanti.

Cara masak kuih:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau/gaul sehingga sebati guna whisk
  2. Setelah sebati dan tidak berketul lagi tapiskan ke dalam kuali.
  3. Masaklah di atas api yang kecil dan kacau-kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  4. Adunan kena sentiasa dikacau ya. Jangan tinggalkan.
  5. Gunalah sudip yang sesuai. Sudip besi atau kayu sebab kita nak masak sehingga likat dan pekat.
  6. Setelah adunan masak (menjadi pekat dan tak melekat di kuali) bolehlah ditutup api.
  7. Sapu sedikit minyak goreng bawang tadi disekeliling bekas / loyang.

Tuangkan adunan kedalam bekas atau loyang dan ratakan supaya cantik.

  1. Ambil sedikit minyak lebihan bawang goreng dan renjis-renjiskan ke atas kuih.
  2. Taburkan bawang goreng tadi ke seluruh permukaan kuih. Ikutlah selera nak letak banyak atau sikit ya.
  3. Akhir sekali biarkan kuih sejuk selama 3 hingga 4 jam sebelum dimakan. 

*Boleh letak dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum nak makan supaya rasanya lebih sedap. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x