fbpx

Biskut M&M, Resepi Simple Tapi Kalau Buat Jualan, Confirm Laku Keras!

iCookAsia

Siapa sahaja tidak suka Biskut Coklat kan? Sebut pada anak-anak, pasti mereka suka. Lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan topping gula-gula kegemaran mereka. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, membuat Biskut M&M dengan mudah tapi sedap. Sesuai sangat kalau dibuat Jualan. Confirm laku dan habis cepat. Jom cuba!

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Biskut M&M ini 🙂

Bahan-bahan:

3/4 cawan butter

1/3 cawan gula kastor

2/3 cawan gula perang

1 biji telur dan 1 biji kuning telur sahaja

1 1/2 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung gandum         } 

1 1/4 sudu kecil baking powder }  ayak sekali

1/3 coklat chip mini / choc rice (optional)

Choc M&M secukupnya untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Mix butter dan gula hingga kembang gebu.
  2. Masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati. 
  3. Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis dan kaup balik sebati.
  4. Jika adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.
  5. Sudukan atau getel bulat-bulat doh dan susun atas baking tray.
  6. Letakkan Choc M&M di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 160°c selama 15 hingga 20 minit (bergantung pada oven masing-masing). 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x