Donut ni dah dikira satu makanan yang mesti ada kalau untuk sarapan atau makan petang. Memang sangat sedap, apatah lagi kalau ada pelbagai topping. Lagi nikmat nak makan tau. Bukan itu sahaja, donut ni antara kuih yang sangat senang nak buat hanya dengan beberapa bahan sahaja.
Jom Admin share satu resipi donut yang berbeza kali ni.
Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian resipi Donut Pandan ini 🙂
Bahan-Bahan:
500g tepung gandum
100g gula
8gm garam
240g susu full cream atau air sejuk ditambah dengan air pandan
8g yis saf
2 biji kuning telur
80g shortening atau marjerin
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan tepung gandum, gula dan garam.
- Seterusnya, masukkan air dan telur kuning dan uli sampai sebati.
- Masukkan shortening dan uli sampai elastic.
- Potong dan timbang adunan tersebut. Seterusnya, rounding kan ia.
- Kemudian, rehatkan doh, leperkan jika ingin buat donut ring dan kembangkan lagi.
- Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga kelihatan perang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos