Sedapnnya kalau dapat makan aiskrim dengan musim panas sekarang ni. Apatah lagi kalau buat sendiri, lagi best. Boleh makan banyak pula tu sambil tengok tv ataupun buat kerja. Kali ni, Admin nak share satu resipi senang nak buat aiskrim.
Jom kita cuba.
Terima kasih Rohaya Zulkarnin Aya untuk perkongsian resipi Aiskrim Vanilla Coklat ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
3 atau 4Â tin susu pekat (Kalau tak suka manis kurangkan lagi pun boleh)
2 kotak kecil susu full cream
1 sudu besar ovalette
2Â sudu kecil perisa vanilla
Cara penyediaan:
- Â Â Â Pertama sekali, mix kan bahan-bahan di atas sampai gebu selama 20 minit.
- Â Â Â Selepas itu, tuangkan ke dalam jug. Senang sikit nak letak dalam plastic aiskrim nanti.
Bahan B (Untuk topping coklat):
200g chocolate milk (Pakai Cadbury chocolate boleh)
100g dark chocolate Brand Beryl’s
Cara penyediaan:
- Â Pertama sekali, pastikan menggunakan teknik double boil. Pastikan jangan sampai setitik air pun terkena coklat kerana nanti coklat akan mengeras.
- Apabila sudah suam-suam, masukkan dalam piping bag dan picit serta masukkan dalam plastik aiskrim.
- Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Sewaktu nak ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.
-  Kemudian, tuangkan vanilla aiskrim yang sudah siap di mix ke dalam plastik aiskrim. Jangan risau coklat itu tidak akan bercampur dengan vanilla aiskrim. Jika sudah masukkan, hentakkan dengan perlahan sikit untuk memastikan ia mampat untuk mengelakkan ruang kosong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rohaya Zulkarnin Aya(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos