fbpx

Resepi Sambal Merah Sotong Salai, Sedap Dan Memang Terasa ‘Smoky’ Tu

iCookAsia

Kebiasaannya kita makan sambal sotong biasa pun dah sedap kan, apatah lagi kalau makan Sambal Merah Sotong Salai. Sebut je mengenai salai, apa-apa hidangan pun confirm akan menjadi sedap. Memang terasa smoky taste tu. Lagi sedap bila makan dengan nasi panas macam tu je.

Jom Admin share resipi ni.

Terima kasih Jamilah Ali untuk perkongsian resipi Sambal Merah Sotong Salai ini 🙂

Bahan-Bahan:

Sotong

2 sudu besar cili giling

1 biji bawang besar (Dimayang atau dihiris)

3 biji bawang putih (Diketuk)

Setengah sudu kecil garam

Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, belah tengah sotong bagi terbuka. Seterusnya, bersihkan dan toskan.
  2. Gaul sedikit garam dan perapkan selama setengah jam. Kemudian salaikan sotong tersebut selama 6 jam.
  3. Untuk sambal, panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili.
  4. Kemudian, tumiskan sehingga garing.
  5. Masukkan sotong salai yang dah siap potong dan kaup balik.
  6. Letakkan garam serta ajinomoto (optional) dan kacau seketika selama 8 hingga 10minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jamilah Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x