Kalau makan tengah hari lauk asam pedas, sedap sangat kan. Makan pula dengan nasi panas-panas. Boleh cuba resipi mudah sangat ini. Sekali-sekala kita berselera ala-ala di kampung.
Terima kasih Cik Ning Haniey untuk perkongsian resipi Asam Pedas Ikan ini 🙂
Bahan-bahan:
Ikan
Lengkuas
Kunyit hidup
Asam keping
Cili kering
Lada
Bawang merah
Bawang putih
Daun kesum
Bendi (optional)
Cara memasak:
- Kisar cili kering, lada, kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk, tak perlu tumis. Tambah air dan masak semuanya.
- Masukkan asam keping, daun kesum, sedikit garam, serbuk perasa dan gula. Masukkan bendi jika ada.
- Akhir sekali masukkan ikan, adjust mengikut citarasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Ning Haniey (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos