Admin pasti ramai yang tidak tahu hidangan Halwa Maskat ini. Dipercayai hidangan ini adalah hidangan orang dulu-dulu, zaman atok nenek kita.
Rupa seperti dodol, dan ada yang berkata hidangan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan tembaga je. Tapi kali ini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan cara membuat Halwa Maskat di kuali atau periuk biasa sahaja. Jom cuba!
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Halwa Maskat ini 🙂
Bahan-bahan:
300g tepung gandum
900g gula putih (memang kena bagi manis)
50g gula batu
1 sudu besar serbuk batu nasila (boleh dapat di kedai mamak)
Pewarna kuning
300g minyak masak
Air secukupnya (untuk basuh tepung)
1 1/2 liter air (untuk masak)
Cara membuat:
- Uli tepung dengan air sehingga menjadi doh macam roti canai.
- Jirus dengan air sedikit demi sedikit sambil ramas doh sehingga keluar getah tepung. Kemudian buang getah tu.
- Tepung dan air yang tinggal tadi dibiarkan 1 hari dalam keadaan bertutup.
- Keesokannya tepung yang tinggal akan mendap ke bawah. Kemudian, buang air jernih yang di atas, ambik tepung yang mendap di bawah tu sahaja.
- Sediakan periuk atau kuali, masukkan pati tepung tadi, gula putih, gula batu, serbuk batu nasila, pewarna kuning dan 1 1/2 liter air.
- Kacau sehingga menjadi pekat, kemudian masukkan minyak masak dan kacau lagi selama 2 jam.
- Apabila sudah siap, masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos