fbpx

Bukan Pajeri Nenas, Tapi Ini Dia Resepi Pajeri Rambutan. Sedap ke?

iCookAsia

Biasa kita dengar Pajeri Nenas, sekarang pajeri rambutan pun ada. Kalau ada lebihan rambutan kat rumah, boleh cuba resepi ini pula. 

Terima kasih Lemang Luak Rembau untuk perkongsian resipi Pajeri Rambutan ini 🙂

Bahan-bahan:

10 ulas bawang kecil (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

4 sudu cili mesin

Daun kari

4 sekawan

Serbuk kari

Rambutan

Santan

Kerisik

Cara memasak:

  1. Tumis bawang, cili mesin, daun kari dan 4 sekawan dengan minyak kecuali serbuk kering dan rambutan.
  2. Sudah kering sikit letak serbuk kari, dan masukkan rambutan (rambutan fresh tak payah rebus)
  3. Tunggu air rambutan kering sedikit, masukkan santan. Tunggu kering sedikit masukkan kerisik (nak sedap letak banyak sikit).
  4. Masukkan gula merah ikut manis yang diingini, tak perlu banyak sebab buah dah manis. Perasakan dengan garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lemang Luak Rembau(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x