fbpx

Peminat Daging Boleh Cuba Resepi Daging Merah Masak Masam Manis Pedas Ini

iCookAsia

Sesiapa yang memang sukakan hidangan daging, wajib cuba resepi ni. Dengan rasa kepedasan yang membuatkan hidangan tu makin sedap, confirm makan nasi satu pinggan tak cukup. Bukan itu sahaja, makan dengan telur dadar pun sedap tau.

Jom kita buat!

Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian resipi Daging Merah Masak Masam Manis Pedas ini 🙂

Bahan-Bahan:

Daging (Direbus dahulu dengan pewarna merah selepas itu baru dihiris nipis)

Bawang putih (Dicincang halus)

Bawang holland (Dipotong kasar)

Serai

3 tangkai cili api merah

Cili kering (Yang telah dikisar)

Sos cili

Sos tomato

Sos Tiram

Garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, daging yang sudah dihiris nipis itu mesti digoreng sekejap sahaja dan toskan ke tepi.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang holland tadi. Biarkan layu dan baru masukkan serai, cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  3. Tambahkan sedikit air. Masukkan daging tersebut dan gaul sebati.
  4. Biarkan sekejap dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kemudian, tambahkan garam sedikit.
  5. Potong bawang holland lagi secara bulat. Apabila sudah agak mesra, boleh diangkat.

Senang sahaja kan? Makan dengan nasi panas-panas memang sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x