Kebiasaannya dengar Cucur Udang kan, tapi kali ni, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah tapi sedap iaitu Cucur Balak. Makan waktu petang lagi sesuai. Kalau anda semua nak masak kuah kacang yang segera pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih Hafsah Romli untuk perkongsian resipi Cucur Balak ini 🙂
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
Sedikit udang kering
Sebiji telur
3 sudu kecil minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kucai
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, satukan tepung, udang kering, telur, minyak, garam, serbuk kunyit dan kisarkan kesemua bahan tersebut.
- Kemudian, tapiskan bahan yang sudah di blend tadi.
- Seterusnya, masukkan daun kucai yang sudah dipotong pendek-pendek.
- Masak dan gulung seperti ketayap.
- Kemudian, gorengkan ia.
- Apabila sudah agak kelihatan keperangan, sudah boleh diangkat. Disajikan bersama kuah kacang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hafsah Romli(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos