fbpx

Hidangan Western Macaroni Bolognese, Tapi Guna Cara Kukus. Sedap Betul Cara Masak Ni!

iCookAsia

Kebiasaannya, apabila hidangan western ini dimasak dengan mengukus dan dicampur dengan kuah sosnya. Ada juga yang letakkan campuran pasta dengan sos di dalam ketuhar dan bakar untuk hasil yang lebih sedap. Tetapi pernahkah anda mencuba masakan Macaroni Bolognese menggunakan cara Kukus? Kalau belum dan nak tahu bagaimana rasanya, jom cuba resepi di bawah ini. 

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Macaroni Bolognese Kukus ini 🙂

 

Bahan-bahan:

200g macaroni (rebus hingga lembut, toskan dan ketepikan)

½ biji bawang holland (potong dadu)

2 biji bawang putih (dhiris nipis)

Keju cheddar/mozzarella (disagat)

1 cawan susu segar atau susu cair

4 batang sosej hiris serong 

2 biji telur

5 sudu masak sos bolognese

2 sudu kecil sos cendawan (boleh tambah lagi jika suka)

Cara membuat:

  1. Sediakan loyang dan sapu sedikit mentega.
  2. Panaskan sedikit minyak (guna non stick pan). 
  3. Tumis bawang holland dan kacau. Kemudian, masukkan bawang putih. Kacau lagi dan masak hingga naik bau.
  4. Seterusnya, baru masukkan sosej. Kacau sekejap dan biarkan hingga sosej masak, 
  5. Masuk sos bolognese dan kacau rata.
  6. Masukkan susu segar, kacau dan biarkan hingga  mendidih.
  7. Masukkan macaroni dan letakkan serbuk cili sedikit. Kacau dan bolehlah sagat keju. Gaul rata lagi. 
  8. Masukkan pula 1 besar gula, 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar serbuk perasa, 1 sudu besar serbuk lada. Kacau rata.
  9. Apabila sudah nampak kuah pekat, boleh tutup api. 
  10. Kemudian, masukkan 2 biji telur dan gaul rata.
  11. Panaskan kukusan. Sekarang, boleh lapiskan macaroni pada lapisan pertama.
  12. Ambil 2 sudu masak sos bolognese dan sos cendawan PREGO dan oregano. Sapu pada atas lapisan dan sagat keju mozarella. 
  13. Kemudian lapis lagi lapisan macaroni, sapu sos dan sagat mozzarella. 
  14. Seterusnya, tabur parsley, dan kukus selama 25 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x