fbpx

Cara Penyediaan Sos Cheezy Wedges. Buat Dan Simpan Dalam Peti Ais, Boleh Tahan 1 Bulan!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu akan hidangan sampingan Cheezy Wedges daripada jenama fast food terkenal iaitu KFC? Kalau anda pernah berpengalaman dalam mendapat Sos Cheese nya sedikit, jadi ini lah masanya untuk anda buat Sos Cheezy ini sendiri di rumah. 

Beli kentang Wedges frozen di mana-mana pasaraya, dan hidangkan dengan Sos homemade ni. Baru puas makan bila sos cheesenya banyak. Betul tak? 

Terima kasih Tiesha Abdul Rahman untuk perkongsian resipi Sos Cheesy Wedges ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)

1 kiub pati ayam 

4 sudu besar mentega

6 keping cheddar cheese

1 sudu teh serbuk lada hitam

Pewarna kuning

Cara penyediaan:

1. Cairkan mentega.


2. Masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung gandum.


3. Masak sehingga bahan larut dan sebati dengan menggunakan api yang sederhana.


4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau sehingga ia pekat.


5. Tunggu sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

*Simpan di dalam peti ais. Boleh bertahan selama seminggu.

*Tak perlu letak garam sebab kiub pati ayam dan cheese sudah sedia masin.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tiesha Abdul Rahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x