fbpx

Tips Simpan Halia, Serai Dan Kunyit Supaya Tahan Lebih Lama

iCookAsia

Halia, serai dan kunyit merupakan antara bahan-bahan yang penting dalam masakan. Jadi, cara penyimpanan pun harus dengan cara yang betul jadi ia tidak akan mudah rosak. Ada sesetengah orang yang suka beli dalam kuantiti yang banyak jadi ini dia tips untuk simpan hali, serai dan kunyit yang dapat membantu anda.

Terima kasih Ani Zam untuk perkongsian tips Simpan Halia, Serai Dan Kunyit  ini 🙂

Bahan-Bahan:

Halia

Serai

Kunyit

Bekas berpenutup

Air

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, bersihkan halia, serai dan kunyit.
  2. Kemudian, isi air paip dalam bekas yang bertutup.
  3. Rendam halia , serai dan kunyit ke dalam bekas yang berisi air tersebut.
  4. Seterusnya, tidak perlu tukar air setiap hari dan pastikan cukup tukar seminggu sekali sahaja.
  5. Tutup dan simpan bekas tersebut ke dalam peti ais.
  6. Halia, serai dan kunyit tersebut  boleh tahan sehingga sebulan.

Anda semua pun boleh juga gunakan tips ini untuk menyimpan lengkuas agar tahan lebih lama. Beli banyak-banyak pun dah tidak perlu risau.

Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉

Kredit tips dan gambar: Ani Zam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x