Kalau anda semua nak tahu, Nasi Impit Sambal Ikan ini kebiasaannya dimakan pada waktu pagi untuk breakfast. Bukan itu sahaja, Sambal Ikan ini memang mempunyai satu rasa yang sangat sedap dek kerana isi ikannya yang melengkapkan lagi kelazatan tu.
Untuk anda semua yang masih ada stok nasi impit atau ketupat, boleh cuba tau resipi Sambal Ikan ni. Jom kita try.
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Sambal Ikan ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1 biji kelapa parut
Bahan B:
3 ekor ikan (Dibakar dan diambil isinya)
3 batang serai (Dihiris nipis)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Sepotong halia
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, kelapa parut haruslah digoreng sehingga kelihatan keperangan. Apabila sudah masak, angkat dan tumbuk halus. Ketepikan.
- Seterusnya, bahan B juga harus ditumbuk halus.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan B yang telah ditumbuk ke dalam bahan A.
- Pastikan untuk gaul sekata dan boleh dihidang bersama nasi impit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos